
Susah juga nak beli kasut ni, kadang-kadang tu berjam-jam mencuba, ada yang berkenan di hati tapi tak boleh “ngam” pulak dengan kaki, jumpa yang “ngam” tapi tak cantik pulak pandangan mata. Susahkan? terutama kaum hawa.
Untuk memudahkan anda membuat pilihan dan tak silap pilih ni saya hidangkan beberapa tips dari perunding imej dari SD Image, puan Suraya Daud.
1. Waktu petang adalah masa yang paling sesuai untuk membeli kasut kerana kaki kita dah mengembang kerana banyak berdiri. Inilah saiz kaki kita yang sebenar. (betul jugakan… ada logik tapi ramai yang tak perasan)
2. Selalunya kita akan memakai stoking atau sarung kaki, jadi semasa nak membeli kasut pakai stoking tu siap-siap semasa mencuba kasut yang nak dibeli untuk mengelakkan dari kasut tu terbesar atau terkecil.
3. Semasa mencuba, berjalan-jalan la sikit, jangan duduk je… tengok-tengok le kat cermin besar tu, sesuai ke tidak dengan susuk tubuh kita.
4. Pastikan kasut yang dipilih tu selesa, ujilah sikit, cuba berjalan-jalan kat dalam kedai tu, kalau lantai kedai tu penuh dengan carpet, cubalah berjalan di luar kedai dan berjalan di lantai simen… tapi jagan cabut lari dahlah….malu kompeni je…
5. Seelok-eloknya kasut tak berbunyi berdetap-detap bila berjalan boleh mengganggu ketenteraman awam… oo bukan macam tu, bunyi kasut yang ‘manja’ tu boleh menggoda hati lelaki…
6. Tips yang ini bukan pasal kasut tapi pasal mata… toksah le rambang mata tengok kasut cantik semuanya nak… hati-hati dengan kasut yang cantik, pulak tu ada offer yang gila-gila. Mungkin kasut tu boleh menyakitkan kaki, cuba test try pandu tengok dulu betul-betul dulu.
7. Elakkan dari membeli kasut yang bertumit tinggi bagi wanita… memakai kasut tumit yang lebih dari 3 inci akan nampak (maap cakap) tonggek….macam semut tonggek..!! yang ni ada larangannya sebab menyerupai wanita jahiliah yang boleh menggoda perasaan lelaki… “…dan janganlah mereka menghentak-hentak kaki mereka (semasa berjalan) bagi mendapatkan perhatian orang/berlenggang-lenggok bertumit tinggi Firman Allah Taala dalam surah an-Nur: ayat 31.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan