20 Disember, 2011

:: Tips memilih pakaian ::

Tips Memilih Pakaian Untuk Wanita


Setiap wanita pasti pernah mengalami situasi ini. Setiap kali melihat supermodel memperagakan fesyen terkini, hati terdetik, mengapa aku tidak dikurniakan bentuk badan menawan sepertinya?

Sebenarnya setiap wanita dilahirkan sempurna, bergantung kepada cara anda melihat diri sendiri. Selain itu, anda juga harus bijak memilih pakaian yang sesuai dengan potongan badan. Setiap helai pakaian yang disarung ke tubuh badan memberikan impak yang berlainan. Oleh itu, pemilihan pakaian yang tepat membantu menyerlahkan penampilan supaya tubuh badan terlihat sempurna pada pandangan mata. Terdapat beberapa perkara yang perlu diperhatikan agar pakaian yang dikenakan terlihat serasi dengan bentuk badan. Panduan berikut mungkin berguna untuk penampilan anda.

Pemilihan warna pakaian

Perkara asas yang perlu anda tahu dalam pemilihan pakaian ialah memilih warna yang sesuai dengan kulit. Sekiranya anda berkulit cerah pasti mudah memilih warna pakaian yang sesuai, tetapi bagaimana jika anda memiliki kulit berwarna gelap? Semak tip berikut supaya anda tidak salah memilih warna.

1. Jika anda berkulit cerah (putih) jangan sesekali mengenakan warna-warna pastel seperti coklat muda, biru muda atau pink.

2. Jika anda berkulit kuning langsat warna-warna tropika seperti jingga, hijau, merah, kuning dan biru merupakan pilihan yang terbaik.

3. Jika anda berkulit sawo matang pilihlah warna ungu, oren atau merah hati agar anda terlihat lebih menarik.

4. Jika anda berkulit gelap, warna-warna tanah yang lembut merupakan pilihan tepat untuk pakaian anda.

Jangan Lupa :
Menyesuaikan warna pakaian dengan waktu dan tempat. Warna gelap untuk acara formal sedangkan warna cerah untuk acara informal. Sesuaikan warna dengan karakter. Kalau anda ingin menyerlahkan sifat feminin, pakailah pakaian yang terdiri daripada warna-warna pastel. Sebaliknya, jika ingin ingin menarik perhatian orang ramai, pilih pakaian yang berwarna terang.

Jangan sesekali :
Nekad menggunakan pakaian yang berwarna terlalu kontra dengan kulit. Contohnya, anda berkulit hitam dan mengenakan pakaian yang berwarna merah jambu terang. Penampilan anda akan terlihat berat sebelah dan kelihatan hodoh! Selain itu, anda juga tidak boleh mengenakan aksesori dari rambut hingga kaki yang warnanya tidak senada dengan warna baju yang dikenakan.

Pemilihan seluar panjang
Bagi yang mempunyai tubuh badan berisi cubalah mengenakan seluar panjang yang boleh memberi ilusi tubuh yang lebih tinggi dengan mengenakan seluar panjang berpotongan “wide-leg” dan mempunyai details seperti bergaris vertikal. Sebaliknya, hindari seluar yang berpotongan ketat. Untuk menyembunyikan pinggul yang berisi pula pilihlah seluar panjang bepotongan full-cut (melebar mulai dari pangkal paha hingga ke hujung seluar) dan hindari seluar panjang berpotongan “baggy” atau yang tirus di bahagian hujung.

Sekiranya anda mempunyai sepasang kaki yang pendek, pilihlah seluar panjang berpotongan lurus atau “wide-leg”. Jangan tergoda dengan seluar berpotongan singkat kerana ia membuatkan kaki anda terlihat semakin pendek. Seluar panjang yang bercawat pendek adalah pilihan tepat bagi mereka yang memiliki badan yang pendek. Bagi yang mempunyai badan yang panjang, pilihlah seluar panjang yang mempunyai potongan pinggang yang tinggi.
Bagi anda yang memiliki punggung berisi, jangan ragu-ragu memilih seluar panjang berpotongan penuh. Selain itu, anda juga boleh menyembunyikan bentuk punggung dengan memakai seluar yang berpoket di belakang. Akhir sekali, bagi yang tergolong dalam kumpulan individu yang tidak berpinggang (boys figure), pilihlah seluar panjang berpotongan lurus dengan poket di bahagian sisi. Jangan sesekali memakai seluar panjang ketat atau mengecil di bagian hujung.


Tip berpakaian untuk tubuh berisi
Memiliki tubuh pendek dan mungil, kadangkala menimbulkan masalah ketika ingin memilih pakaian yang sesuai. Namun ini tidak bererti masalah itu tidak boleh diatasi. Ada beberapa trik yang boleh dimanfaatkan untuk membuatkan tubuh badan terlihat lebih tinggi dan langsing:-

* Kenakan baju atau blaus yang kemasannya menarik mata untuk turun secara vertikal. Kolar berpotongan ‘V’ merupakan pilihan yang baik.
* Masukkan baju atau blaus ke dalam seluar panjang supaya kaki anda kelihatan lebih panjang dan tentu saja anda akan tampak lebih tinggi.
* Pilih pakaian yang betul-betul sesuai dengan tubuh badan. Pakaian yang terlalu longgar seperti jaket yang besar akan membuatkan anda kelihatan lebih besar daripada saiz badan yang sebenar.
* Kenakan pakaian dengan motif atau corak yang bergaris vertikal.
* Jangan takut mengenakan skirt pendek. Sebaliknya hindari skirt yang labuhnya melepasi lutut atau sehingga betis. Pemakaian sebegini akan membuatkan tubuh badan seperti terpotong dan akibatnya anda tampil lebih pendek.
* Jangan lupa mengenakan kasut bertumit tinggi


.7 Tip berpakaian yang mesti anda tahu:

1. Pakaian yang menggunakan warna gelap akan menimbulkan kesan ramping pada tubuh badan.

2. Baju tanpa lengan, berleher tinggi (turtleneck), sangat sempurna untuk meminimalkan dada yang besar.


3. Tidak ada kata maaf untuk garis seluar dalam yang kelihatan. Carilah trik agar garis seluar dalam anda tidak kelihatan. Salah satu caranya, gunakan seluar dalam berpotongan “G-string”.


4. Sebaiknya gantilah kasut lama anda, kasut yang sudah terlalu lama mempunyai warna yang pudar dan ini akan merosak penampilan.


5. Kasut dengan tumit yang sangat rendah sukar untuk dipadankan dengan gaun atau kemeja. Bagaimanapun, ia baik untuk kesihatan kaki.


6. Anda beruntung jika memiliki leher yang jinjang. Ini kerana bentuk leher seperti ini sesuai untuk baju yang berkolar tinggi. Jika leher anda sedikit lebih pendek, pakailah rantai atau kalung yang akan memberi kesan lebih cantik.


:: 8 fakta sekiranya anda memiliki penampilan yang menarik ::



Penampilan diri sangat penting untuk penilaian awal orang lain terhadap diri anda ketika pertemuan kali pertama. Ini kerana melalui penampilan, orang lain akan cuba membuat seribu satu andaian mengenai tingkahlaku, sifat, kerjaya dan sebagainya. Jadi, apakah fakta sekiranya anda memiliki penampilan diri yang menarik?

(1) Berdasarkan kajian yang telah dilakukan, peratus seseorang yang berpenampilan menarik berjaya didalam temuduga adalah 3 atau 4 peratus lebih tinggi berbanding orang yang kurang berpenampilan menarik. Ini menunjukkan bahawa penampilan mempengaruhi penemuduga dalam memilih pekerja.

(2) Kajian juga menunjukkan bahawa pendapatan lelaki yang berpenampilan menarik adalah lebih tinggi berbanding wanita yang berpenampilan menarik.

(3) Seorang yang berpenampilan menarik mempunya peratus sebanyak lebih 80% untuk mempengaruhi orang lain.

(4) Lelaki yang berpenampilan menarik lebih mudah untuk mendapatkan perhatian daripada seseorang yang lebih berusia berbanding rakan sebaya atau seseorang yang lebih muda daripada mereka.

(5) Berpenampilan menarik sebenarnya mempengaruhi minda separa sedar orang lain untuk membina kepercayaan terhadap diri anda.

(6) Kajian juga menunjukkan bahawa majoriti seseorang yang memiliki penampilan yang menarik bekerja dalam bidang media massa.

(7) Kepandaian seseorang yang berpenampilan menarik biasanya adalah lebih rendah berbanding mereka yang tidak berpenampilan menarik.

(8) Seorang yang berpenampilan menarik lebih bersifat aktif dan mempunyai kemahiran komunikasi yang tinggi berbanding mereka yang kurang berpenampilan menarik yang lebih pasif dan pendiam.


tahukah anda bahawa kebanyakan CEO syarikat mempunyai penampilan yang TIDAK menarik?? :p

:: Koleksi perfume "High Class"

kitorg nak bagi tips yg sgt berguna utk peminat Perfume yg high class supaya tak tertipu perfume tu tiruan! =)



Bukti perfume original?

Bukti utama perfume original adalah "BAU"
.
1)Peringkat pertama - Kali pertama spray - bau agak pekat .

2)Peringkat ke2 - tunggu beberapa minit then bau sebenar perfume akan muncul .

3)peringkat ke3 - selepas 1 jam ( lbh kurg ) .. bau akan berubah kerana perfume mula bercampur dgn bau badan .. bau akan menjadi semakin wangi . peringkat ke 3 ini lah yg membeza kan perfume itu ori or not .perfume tak ori tidak akan bercampur dgn bau bdn .




Berapa Lama Ketahanan Perfume?

Ketahanan bau perfume berbeza mengikut brand , kesesuaian pemakai dgn perfume dan juga cara pemakaian .

Brand : cth , diantara brand dunhill , xcentrix adalah perfume yg paling tahan lama .

kesesuaian kulit dgn perfume : cth ; bagi perokok .. amat lah sukar mencari perfume yg tahan lama .begitu juga untuk seseorang yg aktif .dikata kan brand polo antara yg sesuai bg perokok and seseorg yg aktif .

Cara Pemakaian : salah 1 cara : selepas di spray di pergelangan tangan , jangan di gosok perfume tersebut kerana molekul perfume akan pecah ..ini akan menyebabkan perfume menjadi kurang tahan lama .

p/s : perfume perempuan biasanya lebih tahan lama dari perfume lelaki kerana kandungan perfume yg lebih digunakan pada perfume perempuan . Women : EDP , Men : EDT






ni antara koleksi perfume yg high class! koleksi peribadi tau! =)








:: Cara belajar make up ::

hi..girls.. pasti korang tertanya2 cara terbaik tuk makeup kan...kami evogue memberi ada tips yang kami cari dari beberapa blog yang sesuai tuk korang.. meh lah kita sama-sama belajar









19 Disember, 2011

:: Contoh-contoh Kasut Vogue ::

  • Pemilihan kasut yang baik dan menarik dapat meningkatkan keyakinan diri seseorang terutana pelajar.
  • Tidak ramai pelajar yang berminat mamakai kasut terutama seperti kasut disebelah ni...hehehe..agak tinggi dan mungkin tidak selesa
  • Namun demikian tips yang boleh kami beri ialah anda boleh juga memakai  kasut yang tinggi dan rata seperti wedges


Pemilihan kasut yang cantik bukan bergantung pada harga
sepasang kasut tetapi bergantung pada pemilihan design dan 
juga dekorasi yang dipamerkan pada sepasang kasut. Perkara
biasa pada pelajar tidak kisah berkaitan isu kasut. Sepatutnya
kasut merupakan satu perkara yang perlu dititikberatkan dalam
sesebuah kehidupan. hehe..seperti kasut disebelah ini menaik kan.. dan lebih selesa dari hill..













:: Tips memilih kasut ::



Susah juga nak beli kasut ni, kadang-kadang tu berjam-jam mencuba, ada yang berkenan di hati tapi tak boleh “ngam” pulak dengan kaki, jumpa yang “ngam” tapi tak cantik pulak pandangan mata. Susahkan? terutama kaum hawa.

Untuk memudahkan anda membuat pilihan dan tak silap pilih ni saya hidangkan beberapa tips dari perunding imej dari SD Image, puan Suraya Daud.

1. Waktu petang adalah masa yang paling sesuai untuk membeli kasut kerana kaki kita dah mengembang kerana banyak berdiri. Inilah saiz kaki kita yang sebenar. (betul jugakan… ada logik tapi ramai yang tak perasan)
2. Selalunya kita akan memakai stoking atau sarung kaki, jadi semasa nak membeli kasut pakai stoking tu siap-siap semasa mencuba kasut yang nak dibeli untuk mengelakkan dari kasut tu terbesar atau terkecil.
3. Semasa mencuba, berjalan-jalan la sikit, jangan duduk je… tengok-tengok le kat cermin besar tu, sesuai ke tidak dengan susuk tubuh kita.
 4. Pastikan kasut yang dipilih tu selesa, ujilah sikit, cuba berjalan-jalan kat dalam kedai tu, kalau lantai kedai tu penuh dengan carpet, cubalah berjalan di luar kedai dan berjalan di lantai simen… tapi jagan cabut lari dahlah….malu kompeni je…
 5. Seelok-eloknya kasut tak berbunyi berdetap-detap bila berjalan boleh mengganggu ketenteraman awam… oo bukan macam tu, bunyi kasut yang ‘manja’ tu boleh menggoda hati lelaki…
 6. Tips yang ini bukan pasal kasut tapi pasal mata… toksah le rambang mata tengok kasut cantik semuanya nak… hati-hati dengan kasut yang cantik, pulak tu ada offer yang gila-gila. Mungkin kasut tu boleh menyakitkan kaki, cuba test try pandu tengok dulu betul-betul dulu.
7. Elakkan dari membeli kasut yang bertumit tinggi bagi wanita… memakai kasut tumit yang lebih dari 3 inci akan nampak (maap cakap) tonggek….macam semut tonggek..!! yang ni ada larangannya sebab menyerupai wanita jahiliah yang boleh menggoda perasaan lelaki… “…dan janganlah mereka menghentak-hentak kaki mereka (semasa berjalan) bagi mendapatkan perhatian orang/berlenggang-lenggok bertumit tinggi Firman Allah Taala dalam surah an-Nur: ayat 31.

:: Match Your Accsesories ::


blog kitorang kan vouge, jadi kitorg nak tunjuk macamne nak gayekan pelbagai acsesori ni supaya baju bese bole jadi vouge. lets check it out!




tgk artis nie,, diorg just pkai tshirt bese, tp diorg kenekan scarf kat leher,, penampilan diorg berbeza dgn org yang hanye pkai tshirt kosong,, kan? 
nampak x heliza ni vouge? die pakai spec hitam sebgai acsesories dan menyandang beg tangan yg membuatkan penampilan die lebih vouge dan cantik! 


ni salah sorg kawan kitorg,, nampak vouge kan,, pakai belt kat baju die,, jadi die nampak  lebih vouge dan cantik .









:: Tutorial Simple Shawl ::







Tips pkai shawl

Hai guys! kitorg nak tunjuk camne nak pkai selendg yg mudah dan kemas,, tp mst ikut tips ni k



Selendang msti kene dgn warna dan jenis baju anda, baru vouge!
mesti KEMAS k,,
kalau baru nak berjnak2 pakai shawl,, jgn pilih shwal yg tebal nnt susah nak lilitn takut panas nnt k =) 


 Di sini kami sertakan link untuk memudahkan korang >_<




1) Pinkan selendang. Pastikan sebelah pendek & sebelah lagi panjang seperti dalam gambar. 
2) Tarik bahagian panjang selendang ke belakang. 
3) Lilit di atas kepala. 
4) Sematkan selebihnya di bawah dagu dengan kemas. 
5) Tarik bahagian pendek selendang dan pinkan ke belakang/ tepi untuk menampakkan 'v' shape. 
6) TaRRaaaa!!~~ dah siappp!!



:: Tips "mix and match" pakaian anda ::




1. kalau anda tengok pic sebelah nie, ni merupakan satu suai padan yang sesuai. tipsnyer untk yg memakai tdung,, tdung tu msti same ngan antare salah satu kalo tak seluar msti same dgn baju k.. baru match! =)


2. jangan pening kalo anda ingin bergaya dengan dress vintage tapi ingin menutup aurat,, sebab dress tu kiter bole pkai dgn half cardigen,, brgaye dan tidak seksi! =)


3. Kebanyakan kesilapan hasil dari mempunyai seluar atau skirt terlalu banyak berbanding baju sedikit. Anda perlu mempunyai sekurang-kurangnya lima baju bagi tiap-tiap skirt atau seluar anda sendiri. Orang akan sentiasa melihat baju anda bukan seluar atau skirt anda! =)



















:: Vogue Fashion ::