20 Disember, 2011

:: Tips memilih pakaian ::

Tips Memilih Pakaian Untuk Wanita


Setiap wanita pasti pernah mengalami situasi ini. Setiap kali melihat supermodel memperagakan fesyen terkini, hati terdetik, mengapa aku tidak dikurniakan bentuk badan menawan sepertinya?

Sebenarnya setiap wanita dilahirkan sempurna, bergantung kepada cara anda melihat diri sendiri. Selain itu, anda juga harus bijak memilih pakaian yang sesuai dengan potongan badan. Setiap helai pakaian yang disarung ke tubuh badan memberikan impak yang berlainan. Oleh itu, pemilihan pakaian yang tepat membantu menyerlahkan penampilan supaya tubuh badan terlihat sempurna pada pandangan mata. Terdapat beberapa perkara yang perlu diperhatikan agar pakaian yang dikenakan terlihat serasi dengan bentuk badan. Panduan berikut mungkin berguna untuk penampilan anda.

Pemilihan warna pakaian

Perkara asas yang perlu anda tahu dalam pemilihan pakaian ialah memilih warna yang sesuai dengan kulit. Sekiranya anda berkulit cerah pasti mudah memilih warna pakaian yang sesuai, tetapi bagaimana jika anda memiliki kulit berwarna gelap? Semak tip berikut supaya anda tidak salah memilih warna.

1. Jika anda berkulit cerah (putih) jangan sesekali mengenakan warna-warna pastel seperti coklat muda, biru muda atau pink.

2. Jika anda berkulit kuning langsat warna-warna tropika seperti jingga, hijau, merah, kuning dan biru merupakan pilihan yang terbaik.

3. Jika anda berkulit sawo matang pilihlah warna ungu, oren atau merah hati agar anda terlihat lebih menarik.

4. Jika anda berkulit gelap, warna-warna tanah yang lembut merupakan pilihan tepat untuk pakaian anda.

Jangan Lupa :
Menyesuaikan warna pakaian dengan waktu dan tempat. Warna gelap untuk acara formal sedangkan warna cerah untuk acara informal. Sesuaikan warna dengan karakter. Kalau anda ingin menyerlahkan sifat feminin, pakailah pakaian yang terdiri daripada warna-warna pastel. Sebaliknya, jika ingin ingin menarik perhatian orang ramai, pilih pakaian yang berwarna terang.

Jangan sesekali :
Nekad menggunakan pakaian yang berwarna terlalu kontra dengan kulit. Contohnya, anda berkulit hitam dan mengenakan pakaian yang berwarna merah jambu terang. Penampilan anda akan terlihat berat sebelah dan kelihatan hodoh! Selain itu, anda juga tidak boleh mengenakan aksesori dari rambut hingga kaki yang warnanya tidak senada dengan warna baju yang dikenakan.

Pemilihan seluar panjang
Bagi yang mempunyai tubuh badan berisi cubalah mengenakan seluar panjang yang boleh memberi ilusi tubuh yang lebih tinggi dengan mengenakan seluar panjang berpotongan “wide-leg” dan mempunyai details seperti bergaris vertikal. Sebaliknya, hindari seluar yang berpotongan ketat. Untuk menyembunyikan pinggul yang berisi pula pilihlah seluar panjang bepotongan full-cut (melebar mulai dari pangkal paha hingga ke hujung seluar) dan hindari seluar panjang berpotongan “baggy” atau yang tirus di bahagian hujung.

Sekiranya anda mempunyai sepasang kaki yang pendek, pilihlah seluar panjang berpotongan lurus atau “wide-leg”. Jangan tergoda dengan seluar berpotongan singkat kerana ia membuatkan kaki anda terlihat semakin pendek. Seluar panjang yang bercawat pendek adalah pilihan tepat bagi mereka yang memiliki badan yang pendek. Bagi yang mempunyai badan yang panjang, pilihlah seluar panjang yang mempunyai potongan pinggang yang tinggi.
Bagi anda yang memiliki punggung berisi, jangan ragu-ragu memilih seluar panjang berpotongan penuh. Selain itu, anda juga boleh menyembunyikan bentuk punggung dengan memakai seluar yang berpoket di belakang. Akhir sekali, bagi yang tergolong dalam kumpulan individu yang tidak berpinggang (boys figure), pilihlah seluar panjang berpotongan lurus dengan poket di bahagian sisi. Jangan sesekali memakai seluar panjang ketat atau mengecil di bagian hujung.


Tip berpakaian untuk tubuh berisi
Memiliki tubuh pendek dan mungil, kadangkala menimbulkan masalah ketika ingin memilih pakaian yang sesuai. Namun ini tidak bererti masalah itu tidak boleh diatasi. Ada beberapa trik yang boleh dimanfaatkan untuk membuatkan tubuh badan terlihat lebih tinggi dan langsing:-

* Kenakan baju atau blaus yang kemasannya menarik mata untuk turun secara vertikal. Kolar berpotongan ‘V’ merupakan pilihan yang baik.
* Masukkan baju atau blaus ke dalam seluar panjang supaya kaki anda kelihatan lebih panjang dan tentu saja anda akan tampak lebih tinggi.
* Pilih pakaian yang betul-betul sesuai dengan tubuh badan. Pakaian yang terlalu longgar seperti jaket yang besar akan membuatkan anda kelihatan lebih besar daripada saiz badan yang sebenar.
* Kenakan pakaian dengan motif atau corak yang bergaris vertikal.
* Jangan takut mengenakan skirt pendek. Sebaliknya hindari skirt yang labuhnya melepasi lutut atau sehingga betis. Pemakaian sebegini akan membuatkan tubuh badan seperti terpotong dan akibatnya anda tampil lebih pendek.
* Jangan lupa mengenakan kasut bertumit tinggi


.7 Tip berpakaian yang mesti anda tahu:

1. Pakaian yang menggunakan warna gelap akan menimbulkan kesan ramping pada tubuh badan.

2. Baju tanpa lengan, berleher tinggi (turtleneck), sangat sempurna untuk meminimalkan dada yang besar.


3. Tidak ada kata maaf untuk garis seluar dalam yang kelihatan. Carilah trik agar garis seluar dalam anda tidak kelihatan. Salah satu caranya, gunakan seluar dalam berpotongan “G-string”.


4. Sebaiknya gantilah kasut lama anda, kasut yang sudah terlalu lama mempunyai warna yang pudar dan ini akan merosak penampilan.


5. Kasut dengan tumit yang sangat rendah sukar untuk dipadankan dengan gaun atau kemeja. Bagaimanapun, ia baik untuk kesihatan kaki.


6. Anda beruntung jika memiliki leher yang jinjang. Ini kerana bentuk leher seperti ini sesuai untuk baju yang berkolar tinggi. Jika leher anda sedikit lebih pendek, pakailah rantai atau kalung yang akan memberi kesan lebih cantik.


:: 8 fakta sekiranya anda memiliki penampilan yang menarik ::



Penampilan diri sangat penting untuk penilaian awal orang lain terhadap diri anda ketika pertemuan kali pertama. Ini kerana melalui penampilan, orang lain akan cuba membuat seribu satu andaian mengenai tingkahlaku, sifat, kerjaya dan sebagainya. Jadi, apakah fakta sekiranya anda memiliki penampilan diri yang menarik?

(1) Berdasarkan kajian yang telah dilakukan, peratus seseorang yang berpenampilan menarik berjaya didalam temuduga adalah 3 atau 4 peratus lebih tinggi berbanding orang yang kurang berpenampilan menarik. Ini menunjukkan bahawa penampilan mempengaruhi penemuduga dalam memilih pekerja.

(2) Kajian juga menunjukkan bahawa pendapatan lelaki yang berpenampilan menarik adalah lebih tinggi berbanding wanita yang berpenampilan menarik.

(3) Seorang yang berpenampilan menarik mempunya peratus sebanyak lebih 80% untuk mempengaruhi orang lain.

(4) Lelaki yang berpenampilan menarik lebih mudah untuk mendapatkan perhatian daripada seseorang yang lebih berusia berbanding rakan sebaya atau seseorang yang lebih muda daripada mereka.

(5) Berpenampilan menarik sebenarnya mempengaruhi minda separa sedar orang lain untuk membina kepercayaan terhadap diri anda.

(6) Kajian juga menunjukkan bahawa majoriti seseorang yang memiliki penampilan yang menarik bekerja dalam bidang media massa.

(7) Kepandaian seseorang yang berpenampilan menarik biasanya adalah lebih rendah berbanding mereka yang tidak berpenampilan menarik.

(8) Seorang yang berpenampilan menarik lebih bersifat aktif dan mempunyai kemahiran komunikasi yang tinggi berbanding mereka yang kurang berpenampilan menarik yang lebih pasif dan pendiam.


tahukah anda bahawa kebanyakan CEO syarikat mempunyai penampilan yang TIDAK menarik?? :p

:: Koleksi perfume "High Class"

kitorg nak bagi tips yg sgt berguna utk peminat Perfume yg high class supaya tak tertipu perfume tu tiruan! =)



Bukti perfume original?

Bukti utama perfume original adalah "BAU"
.
1)Peringkat pertama - Kali pertama spray - bau agak pekat .

2)Peringkat ke2 - tunggu beberapa minit then bau sebenar perfume akan muncul .

3)peringkat ke3 - selepas 1 jam ( lbh kurg ) .. bau akan berubah kerana perfume mula bercampur dgn bau badan .. bau akan menjadi semakin wangi . peringkat ke 3 ini lah yg membeza kan perfume itu ori or not .perfume tak ori tidak akan bercampur dgn bau bdn .




Berapa Lama Ketahanan Perfume?

Ketahanan bau perfume berbeza mengikut brand , kesesuaian pemakai dgn perfume dan juga cara pemakaian .

Brand : cth , diantara brand dunhill , xcentrix adalah perfume yg paling tahan lama .

kesesuaian kulit dgn perfume : cth ; bagi perokok .. amat lah sukar mencari perfume yg tahan lama .begitu juga untuk seseorang yg aktif .dikata kan brand polo antara yg sesuai bg perokok and seseorg yg aktif .

Cara Pemakaian : salah 1 cara : selepas di spray di pergelangan tangan , jangan di gosok perfume tersebut kerana molekul perfume akan pecah ..ini akan menyebabkan perfume menjadi kurang tahan lama .

p/s : perfume perempuan biasanya lebih tahan lama dari perfume lelaki kerana kandungan perfume yg lebih digunakan pada perfume perempuan . Women : EDP , Men : EDT






ni antara koleksi perfume yg high class! koleksi peribadi tau! =)








:: Cara belajar make up ::

hi..girls.. pasti korang tertanya2 cara terbaik tuk makeup kan...kami evogue memberi ada tips yang kami cari dari beberapa blog yang sesuai tuk korang.. meh lah kita sama-sama belajar









19 Disember, 2011

:: Contoh-contoh Kasut Vogue ::

  • Pemilihan kasut yang baik dan menarik dapat meningkatkan keyakinan diri seseorang terutana pelajar.
  • Tidak ramai pelajar yang berminat mamakai kasut terutama seperti kasut disebelah ni...hehehe..agak tinggi dan mungkin tidak selesa
  • Namun demikian tips yang boleh kami beri ialah anda boleh juga memakai  kasut yang tinggi dan rata seperti wedges


Pemilihan kasut yang cantik bukan bergantung pada harga
sepasang kasut tetapi bergantung pada pemilihan design dan 
juga dekorasi yang dipamerkan pada sepasang kasut. Perkara
biasa pada pelajar tidak kisah berkaitan isu kasut. Sepatutnya
kasut merupakan satu perkara yang perlu dititikberatkan dalam
sesebuah kehidupan. hehe..seperti kasut disebelah ini menaik kan.. dan lebih selesa dari hill..